DENGARKAN GAMELAN

VIDEO GAMELAN

You must have Flash Player installed in order to see this player.

JUMLAH PELAWAT

Kami ada 62 tetamu online
Gamelan Secara Umum PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 06 Ogos 2008 19:29

 

Kesenian gamelan yang tersebar ke seluruh Nusantara adalah berasas dari tanah Jawa. Perkataan gamelan itu sendiri adalah berasal daripada perkataan Jawa, bentuk ngoko “gamel”, beerti sejenis alat pemukul. Jadi, bergamel bermaksud memainkan sejenis alat muzik yang dipukul, dipalu ataupun ditabuh. Namun demikian dalam pemakaiannya yang umum dalam masyarakat Jawa, kata itu juga memberikan makna bermain alat muzik, termasuk misalnya yang tidak ditabuh seperti rebab dan seruling. Di negara kita, gamelan merujuk kepada suatu jenis ensemble yang terdiri daripada alat-alat yang digesek atau ditiup, misalnya rebab ataupun seruling, walaupun kedua-duanya mungkin tidak dimainkan bersama alat-alat gamelan. 

Perkembangan gamelan di Jawa telah bermula sebelum kedatangan agama dan kebudayaan Hindu. Ertinya sebelum abad ke sembilan lagi, kononya Sang HyangGuru, raja Jawa yang pertama mempunyai kraton di puncak gunung Medang Kamulan. Ia kemudiannya memerlukan sejenis alat untuk memberikan isyarat kepada pada dewa supaya dating berkumpul kepadanya. Diciptanya sebuah gong yang dilaras sebegitu rupa bagi mengeluarkan satu nada yang dapat difahami. Gong yang kedua dicipta untuk menyampaikan mesej yang berlainan dan yang ketiga sebagai pelengkap kepada keperluan seluruhnya. Hasilnya, terciptalah tiga nada yang menjadi dasar kepada set gamelan yang asal yang dikenali sebagai lokanata atau lokananta. 

Pada peringkat permulaannya, hanya ada lima alat, iaitu sebuah gong, sebuah kendang, sebuah ketuk, sebuah kencang dan sebuah kemanak. Empat yang pertama masih digunapakai hingga sekarang dengan fungsi yang sama, manakala kemanak hanya terbatas kepada fungsi tarian agama yang dikenali sebagai bedaya.  Perkembangan gamelan di Jawa pada peringkat awalnya dapat dikatakan selaras, malah dibantu oleh perkembangan sastera dan budayanya. Pada asasnya, muzik gamelan digunakan sebagai irama latarbelakang untuk mengiringi cerita-cerita berbentuk puisi yang disampaikan dengan lagu. Muzik gamelan juga mengiringi permainan seperti wayang purwa atau gedug, wayang wong, wayang topeng dan sebagainya. Dalam majlis dan upacara istiadat dan ritual, gamelan mengambil tempat yang penting. Malah setelah kedatangan agama Islam, gaelan telah digunakan oleh pengembang agama Islam seperti wali Songo dalam menyeru dan menyebarkan agama Islam.

Gamelan Malaysia berkembang dari Riau-Lingga melalui Johor, Pahang dan kemudiannya ke Terengganu. Menurut tradisinya, gamelan yang terdapat di Pahang dalam tahun 1800 an kelihatan sama dengan tarian gamelan yang pernah wujud di istana Yam Tuan Muda Riau di Penyengat. Hal ini berlaku kerana dalam tempoh berkenaan daerah-daerah Johor, Pahang dan Terengganu berada di bawah pengaruh Riau Lingga ataupun Johor-Riau.

 

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 13 April 2010 03:30
 

 

 

GAMELAN SEDUNIA 2017

Festival Gamelan Sedunia
Past

TERKINI DI MUZIUM

  • Portal Muzium Terengganu
  • Festival Gamelan
SlideShow Pro Module v2.0 by JT

KALENDAR AKTIVITI MUZIUM

<<  Dis 2017  >>
 Ah  Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup