DENGARKAN GAMELAN

VIDEO GAMELAN

You must have Flash Player installed in order to see this player.

JUMLAH PELAWAT

Kami ada 27 tetamu online
Joget Gamelan (Joget Pahang) Dalam Era Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Terengganu (TM 1920 – 1942) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Sabtu, 09 Ogos 2008 08:33

Pada tanggal 21 Mei 1920 selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu satu set alat gamelan kepunyaan Cik Zubedah bonda kepada Tengku Ampuan Mariam Terengganu telah dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu.  Setiap kali persembahan Joget Pahang diadakan maka penari dan pemuzik dari Pekan digunakan.  Apabila Istana Kolam dibina pada tahun 1932 dan menjadi kediaman rasmi Sultan Sulaiman pada tahun 1933, usaha-usaha untuk mengembang kesenian tersebut di Terengganu dipergiatkan lagi.  Mereka terdiri daripada bekas penari Pahang iaitu Yang Khoja dan Cik Mariam untuk melatih penari Terengganu yang dipimpin sendiri oleh Tengku Ampuan Mariam. Manakala guru muziknya pula ialah Encik Wan Ahmad, Che Wan Namat, Che Ahin dan Pak Salleh. Mereka merupakan bekas pemain gamelan dari Pekan yang diberi tugas untuk melatih kumpulan Gamelan Terengganu dan dikelolakan sendiri oleh Sultan Sulaiman.  Mulai saat itu Istana Kolam dijadikan pusat pengembangan Joget Pahang di Terengganu.


 

Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan Mariam merupakan pasangan diraja yang mempunyai minat yang mendalam dalam kesenian terutama dalam muzik dan tarian gamelan.  Untuk menambah pengetahuan baginda berdua dalam bidang seni persembahan istana, baginda berdua telah mengadakan lawatan ke Indonesia seperti Betawi (Jakarta), Bogor, Sukabumi, Bandung, Semarang, Jogjakarta, Solo, Surabaya dan Bali pada tahun 1928 dan 1930.  Pada tahun 1938 baginda berdua melawat Bangkok dan seterusnya ke Medan (Sumatera Utara) pada tahun 1939.  Semasa perkembangan Joget Gamelan di istana Terengganu, kesenian ini masih dipanggil Joget Pahang manakala penari perempuan pula disebut Budak Joget atau Anak Joget.  Mengikut tradisi di istana Terengganu perkataan atau panggilan budak bererti orang-orang suruhan sultan.  Misalnya budak raja adalah orang yang bekerja dengan sultan dan tugasnya adalah sebagai pengawal istana dan menjaga ketenteraman awam.  Dalam hal Budak Joget atau Anak Joget kemungkinan pula penari-penari yang dipilih untuk menyertai kumpulan ini adalah terdiri daripada kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 12 tahun iaitu kanak-kanak perempuan yang belum akil baliqh.  Tujuannya adalah kerana keadaan fizikal kanak-kanak dalam umur sedemikian senang dibentuk untuk melakukan gerak-gerak tari seperti melemak atau campak melayah di mana ianya memerlukan tubuh badan bergerak sangat fleksibel.

Kemangkatan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 21 Mei 1942 dan penaklukan Jepun pada tahun yang sama memberi kesan yang buruk kepada perkembangan Joget Pahang di istana Terengganu. Tanpa naungan dari sultan yang memerintah dan kesukaran serta pelbagai penderitaan dalam pemerintahan Jepun akhirnya kegiatan Joget Pahang di istana Terengganu dhentikan.  Semua alat gamelan disimpan di Istana  Kolam, Kuala Terengganu dan satu upacara khas diadakan oleh Tengku Ampuan Mariam bersama dengan penari dan pemuzik.  Di upacara tersebut semua penari dan pemuzik dikehendaki bersumpah di hadapan Tengku Ampuan Mariam untuk tidak mengajar atau menunjukkan sebarang repertoire (tarian dan muzik) dari Joget Pahang kepada orang luar istana tanpa keizinan baginda.  Sesudah itu kegiatan Joget Pahang di istana Terengganu dengan secara rasminya berhenti. Semua penari dan pemuzik membawa haluan masing-masing untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan mereka.  

 

 

 

 

Terakhir dikemaskini pada Ahad, 13 Jun 2010 06:01
 

 

 

GAMELAN SEDUNIA 2017

Festival Gamelan Sedunia
Past

TERKINI DI MUZIUM

  • Portal Muzium Terengganu
  • Festival Gamelan
SlideShow Pro Module v2.0 by JT

KALENDAR AKTIVITI MUZIUM

<<  Dis 2017  >>
 Ah  Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup