DENGARKAN GAMELAN

VIDEO GAMELAN

You must have Flash Player installed in order to see this player.

JUMLAH PELAWAT

Kami ada 14 tetamu online
Konsep Persembahan Gamelan

 

Konsep Persembahan

Joget Gamelan adalah satu jenis tarian istana yang diringi dengan muzik yang dinamakan gamelan dan ia menjadi salah satu acara hiburan di istana Riau-Lingga, Pahang dan Terengganu.  Persembahan boleh dibuat dalam dua bentuk iaitu pertama bentuk persembahan tarian-tarian yang dipetik daripada senarai repertoire yang sudah ada seperti Tarian Timang Burung, Geliong, Lantai Lima, Togok, Selang Arak, Topeng dan lain-lain.  Bentuk persembahan yang kedua adalah persembahan dalam bentuk dramatari.  Dalam melaksanakan dramatari ini diolah satu cerita yang mengandungi beberapa adegan dan untuk adegan-adegan ini dipilih daripada senarai repertoire yang sudah ada yang sesuai dengan penceritaannya.

Di Terengganu persembahan Joget Gamelan diadakan sama ada untuk kerabat diraja sahaja ataupun di majlis-majlis rasmi istana.  Penari dipanggil Budak Joget atau Anak Joget terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang juga anak angkat sultan.  Jika tidak ada latihan atau pertunjukan mereka bertugas sebagai dayang ( Mak Inang ) istana.  Manakala pemuzik pula adalah kanak-kanak lelaki juga anak angkat sultan dan pemuda-pemuda tempatan yang juga bertugas sebagai Juak Istana.

 

Masa Persembahan

Masa persembahan adalah selepas waktu Isyak kira-kira pukul 9.00 malam dan tamatnya tergantung atas titah sultan.  Persembahan tidak diadakan sama sekali pada malam Jumaat.

 

Tempat Latihan dan Persembahan

Tempat untuk mengadakan latihan dan persembahan ini adalah seperti berikut :-

1.         Balairong Seri Istana Maziah          -           Majlis Rasmi

2.         Balai Gamelan Istana Kolam           -           Latihan

3.         Balai istana Kolam                        -           Kerabat Diraja sahaja         

Susun atur tempat persembahan juga diambil kira bagi memudah keluar masuk tetamu dan juga penari.  Walau di mana sekalipun persembahan ini hendak diadakan, susun atur tempat persembahan tetap sama.  Di bawah ini adalah rajah susun atur tempat persembahan Joget Gamelan di Terengganu :-

 

Aturcara Persembahan

Sebelum ketibaan sultan, kerabat dan pembesar, pemain keromong akan mengadakan upacara perasap kemenyan bagi semua alat gamelan yang akan digunakan dalam persembahan dan apabila selesai tempat kemenyan itu diletak di bawah alat keromong.  Bara kemenyan itu akan sentiasa hidup.  Sebelum ini, semua penari akan diperasap kemenyan terlebih dahulu dengan segala bacaan menteranya agar apabila menari nanti muka akan kelihatan cantik, berseri dan memikat.

Apabila semua jemputan sudah tiba dan setelah mendapat titah dengan iringan muzik lagu perang, penari akan masuk ke ruang persembahan dengan kedua kipas menutupi muka dan duduk bersila di tengah ruang persembahan.  Mengikut tradisi, Tarian Ayak-Ayak akan dipersembahkan sebagai acara pertama.  Apabila selesai persembahan ini penari akan menunggu titah sultan seterusnya, repertoire mana yang baginda mahu dan begitulah seterusnya.  Kebiasaanya satu-satu tarian akan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit.  Setelah menari enam atau tujuh tarian dan masa telah lewat malam tanpa titah sultan ( mengikut keadaan penari ), kalau penari sudah sampai ke tahap awal di bawah sedar ( in trance ), pemain keromong akan menukar lagu yang sedang dimainkan kepada lagu perang untuk mengikuti ragam penari itu.  Penari akan berada di bawah sedar sehingga pemain keromong atau sultan sendiri memulihkannya.

Apabila sultan menitahkan untuk memainkan lagu Tambang Sawit, ini bererti penari dan pemuzik akan menerima durian runtuh kerana mereka akan menerima pemberian daripada sultan, kerabat atau pembesar samada dalam bentuk wang atau barang kemas.  Perlakuan ini dipanggil mengebeng.

Dalam persembahan penari akan menggunakan props.  Selain daripada sabuk ( selendang ) yang digunakan sebagai costume props, peralatan lain (props) jika diperlukan seperti panah, keris dan lain, Mak Inang (dayang istana) akan membawa masuk dan meletakkannya di atas lantai berdekatan dengan penari yang sedang menari itu.  Penari akan mengambil props tersebut dan terus menggunakannya.   Apabila selesai penggunaannya, penari hanya meletakkan props tersebut di atas lantai dan Mak Inang tadi akan masuk balik dan mengambil kembali props tersebut dan dibawa keluar.  Begitulah seterusnya iaitu penari tidak membawa masuk sendiri props yang hendak digunakan.  Penari akan mengguna kostum yang sama untuk persembahan pada malam itu.  Oleh itu semua props yang sedia ada akan disiapkan di belakang pentas.

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 07 April 2010 03:28
 

 

 

GAMELAN SEDUNIA 2017

Festival Gamelan Sedunia
Past

TERKINI DI MUZIUM

  • Portal Muzium Terengganu
  • Festival Gamelan
SlideShow Pro Module v2.0 by JT

KALENDAR AKTIVITI MUZIUM

<<  Sep 2017  >>
 Ah  Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup