DENGARKAN GAMELAN

VIDEO GAMELAN

You must have Flash Player installed in order to see this player.

JUMLAH PELAWAT

Kami ada 35 tetamu online
Joget Gamelan di Terengganu

 

Di Terengganu, perkembangan Joget Gamelan bermula dari zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III iaitu semasa temasya perkahwinan baginda dengan Tengku Long ( puteri sulung Sultan Ahmad Pahang ) pada 4 November 1885.  Persembahan Joget Gamelan diadakan untuk menyerikan lagi majlis tersebut.  Setelah menyaksikan persembahan itu, baginda sendiri telah menunjukkan minat yang besar terhadap kesenian ini.  Seterusnya untuk keperluan beberapa acara di negeri Terengganu dalam tahun-tahun berikutnya baginda telah meminjam dari Lingga satu set alat-alat gamelan bersama pemain-pemainnya kecuali penari-penari.  Baginda tidak meminjam alat gamelan  dari Pahang disebabkan perhubungan baginda dengan Kesultanan Pahang telah renggang dengan terputusnya jodoh baginda dengan Tengku Long pada tahun 1892.  Peristiwa yang lain di mana persembahan Joget Gamelan di istana Terengganu ialah pada tahun 1893 apabila baginda mengahwinkan puterinya Tengku Jebah dengan putera saudaranya Tengku Kecil Besar Riau.  Temasya perkahwinan ini berlangsung selama 40 hari 40 malam.  Hubungan yang erat di antara Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Riau bukan hanya setakat hubungan perkahwinan dan kekeluargaan diraja tetapi dapat dilihat daripada sudut tradisi nobat di Terengganu.Menurut Haji Mohd Salleh bin Haji Awang dalam bukunya yang berjudul ‘ Terengganu Dari Bentuk Sejarah ‘ mengatakan nobat Terengganu berasal dari Riau dan dibawa masuk ke Terengganu dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III sultan Terengganu Ke-12 memerintah Terengganu 1918 - 1920T.M. 

 

“ Maka tiap-tiap kali sultan hendak mengadakan kerja-kerja besar lalu dipinjamkan nobat itu dari Riau dan kebanyakan pemukul-pemukul nobat pula turun temurun menyandang permainan itu.  Hanya dalam masa Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah barulah diadakan nobat sendiri dibeli dari Riau serta dibuat sedikit pindaan kepada alat-alatnya. ” 

 

Tradisi persembahan gamelan dan nobat Terengganu mencapai puncak kegemilangan dalam pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah bersama permaisurinya Tengku Ampuan Mariam ( puteri Sultan Ahmad Pahang daripada isteri baginda Cik Zubedah ) yang berkahwin pada 1913.  Perkahwinan ini daripada satu segi memulihkan kembali perhubungan kekeluargaan Diraja Terengganu dan Pahang tetapi daripada segi lain telah membuka jalan kepada kesinambungan dan perkembangan kesenian joget gamelan di Terengganu.


Terakhir dikemaskini pada Selasa, 13 April 2010 04:26
 

 

 

GAMELAN SEDUNIA 2017

Festival Gamelan Sedunia
Past

TERKINI DI MUZIUM

  • Portal Muzium Terengganu
  • Festival Gamelan
SlideShow Pro Module v2.0 by JT

KALENDAR AKTIVITI MUZIUM

<<  Okt 2017  >>
 Ah  Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup