DENGARKAN GAMELAN

VIDEO GAMELAN

You must have Flash Player installed in order to see this player.

JUMLAH PELAWAT

Kami ada 8 tetamu online
Kostum dan Hiasan Tarian Gamelan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 12 Ogos 2008 22:33

Secara tradisinya, penggunaan kostum ataupun pakaian dalan tarian Gamelan amat menarik. Pakaian penari gamelan melambang pakaian yang dipakai di istana. Pakaian rasmi bagi penari wanita lebih formal jika dibandingkan dengan pakaian pemainā€“pemain alat muzik. Evolusi pakaian penari dan pemuzik gamelan tidak banyak berubah semanjak daripada dahulu lagi. Kalau adapun , mungkin daripada aspek bahan dan juga kombinasi warna yang dipadankan.Ā Pakaian bagi penari wanita biasanya terdiri daripada baju berleher bulat yang biasanya diperbuat daripada kain broked ataupun sutera Cina. Bahan kain untuk kain sarung pula adalah jenis kain tenun corak berpetak ataupun jenis songket sutera corak benang emas penuh. Penari juga mengenakan bengkung dan memakai stoking.

Cara memakainya ialah hujung baju dimasukkan ke dalam kain sarung dan cara memakai kain sarung ialah kedua-dua belah kain sarung kiri dan kanan dilipat ke dalam dan keluar sehingga merapat ke pinggang dan dikemaskan dengan mengikat bengkung di pinggang. Manakala di tengah-tengah bengkung, iaitu searas dengan pusat, dipakaikan pula pending. Stoking berwarna putih dipakaikan di kedua-dua belah kaki.Pakaian bagi pemuzik pula ialah baju Melayu bercekak musang ataupun teluk belanga, berseluar Melayu serta bersamping kain tenun ataupun kain tenun songket berbunga tabur ataupun berbunga penuh. Untuk menampakkan kekemasan pemuzik, songkok hitam akan dipadankan di atas kepala.Dalam konteks perhiasan para penari, biasanya rambut akan diikat dan bersanggul di belakang. Gerak rempa diletakkan di atas kepala, gandek dipakaikan di dahi, gayut tengkuk digantung ke batang cucuk sanggul di bahagian kiri dan kanan. Untuk menambahkan lagi seri si penari, sepasang subang akan dikenakan di bahagian telinga manakala cekak leher akan dibalut pada bahagian leher. Teratai pula akan diletak pada bahu, kalung diletak pada teratai Untuk menaikkan seri kaki , sepasang gelang kaki akan dikenakan pada kedua-dua belah kaki penari.

 

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 13 April 2010 02:39
 

 

 

GAMELAN SEDUNIA 2017

Festival Gamelan Sedunia
Past

TERKINI DI MUZIUM

  • Portal Muzium Terengganu
  • Festival Gamelan
SlideShow Pro Module v2.0 by JT

KALENDAR AKTIVITI MUZIUM

<<  Nov 2017  >>
 Ah  Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa 
     1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup