DENGARKAN GAMELAN

BULETIN GAMELAN

PETA LOKASI GAMELAN

KUNJUNGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini41
mod_vvisit_counterKelmarin73
mod_vvisit_counterMinggu Ini276
mod_vvisit_counterMinggu Lepas352
mod_vvisit_counterBulan Ini877
mod_vvisit_counterBulan Lepas1824
mod_vvisit_counterJumlah Kunjungan119324
Alat Muzik Gamelan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 06 Mac 2011 09:05

Alat Muzik

Dalam konteks muzik di Asia Tenggara perkataan gamelan boleh dilihat dalam dua konteks yang berbeza. Perkataan ‘ gamel ‘ iaitu dalam perkataan Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh.  Oleh itu, perkataan gamelan boleh diertikan beberapa alat muzik yang diketuk, dipukul atau ditabuh untuk mengeluarkan suara-suara muzik.  Walau bagaimanapun dalam pengertian yang lebih mendalam perkataan gamelan bererti satu orkestra yang mengandungi alat-alat muzik berbentuk gong dan bilahan yang diperbuat daripada gangsa dan alat-alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi.  Pengertian ini menggambarkan penggunaan utama perkataan gamelan dalam konteks muzik di Asia Tenggara.  Orkes Gamelan telah mencapai tahap perkembangan yang sophisticated dalam tradisi di istana Jawa Tengah terutama di istana-istana Jogjakarta dan Surakarta.

 

Sudah beberapa abad bengkel-bengkel membuat gamelan yang utama di Asia Tenggara dapat dikesan di Jawa Tengah dan sekarang ini kawasan-kawasan inilah di Indonesia di mana pembuatan alat-alat gamelan yang bermutu tinggi dan tahan lama dapat diperolehi.

 

Telah diperkatakan bahawa alat gong gangsa yang berpencu adalah alat muzik yang penting di Asia Tenggara.  Adalah difikirkan bahawa alat gong yang awal diperbuat di kawasan antara Tibet dan Burma dan seterusnya pusat pembuatan gong berpindah dari ‘ Tanah Besar ‘ Asia Tenggara ke kawasan-kawasan ‘ Pulau ‘ di mana pada satu ketika Brunei adalah pusat pembuatan gong yang utama.  Walau bagaimanapun sekarang Indonesia mengekalkan kilang-kilang pembuatan gamelan yang utama di Jawa Tengah.

 

Beberapa tahun yang lalu gong-gong gangsa yang berukuran besar telah dibuat di kampung-kampung di Semarang sementara gong-gong dan bilahan-bilahan kecil yang lain telah dibuat dibeberapa tempat termasuk Surakarta, Kediri, Cirebon dan Jogjakarta.  Hari ini kilang-kilang membuat gong dan bilahan yang utama terdapat di Jogjakarta dan Solo (Surakarta).

 

Laporan bertulis menunjukkan bahawa gong telah dijumpai di Jawa dalam kurun yang ke-9TM.  Walau bagaimanapun punca daripada kajipurba hari ini menyatakan bahawa zaman gangsa di Asia Tenggara bermula sebelum 1,000 tahun SM dan Hoabinshian sites menunjukkan bahawa pembuatan alat daripada gangsa telah dikenal pasti di Tanah Besar Asia Tenggara seawal-awalnya dalam tahun 3,0000SM sementara alat-alat tembikar dan alat-alat pertanian daripada batu dapat dikesan seawal-awalnya dalam tahun 9,700SM.

 

Oleh itu dilihat daripada pembuatan alat-alat gangsa dalam lingkungan tahun 3,000SM dan pewujudan gendang Dongson Gangsa pada tahun 1,000SM kita dapat menyimpulkan bahawa gong gangsa adalah alat muzik yang sudah lama wujud di dalam kebudayaan Asia Tenggara.  Gamelan tertua di Jawa iaitu Gamelan Monggang dan Kodok Ngorek mengandungi gong-gong berpencu dalam beberapa ukuran dan bentuk. Kedua-dua alat gamelan lama ini wujud dalam abad ke- 4TM.

 

Gamelan Melayu

 

Sebahagian besar alat-alat dalam Gamelan Melayu di Pahang dan di Terengganu adalah alat-alat idiofon (idiophone) iaitu yang diketuk dalam beberapa cara untuk mengeluarkan bunyi.  Alat-alat idiofon ini adalah diperbuat daripada gangsa dalam bentuk mangkuk yang berpencu dan meallophones (sekiranya alat zilafon diperbuat daripada keping-keping tembaga dipanggil metalofon) yang diketuk dengan beberapa jenis palu dengan cara yang tertentu.  Di samping itu satu alat membranophone juga terdapat dalam orkestra ini dan alat ini adalah gendang yang mempunyai dua muka.  Keterangan yang berikut tentang Gamelan Melayu diasaskan kepada alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia  yang terdapat dari istana Terengganu.  Ia menggambarkan nilai rasa muzik dan rujukan pemain-pemain Joget Gamelan daripada tradisi istana dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.  Hari ini alat gamelan Melayu dari istana Terengganu disimpan di Muzium Tokoh, Kuantan, Pahang.  Sungguhpun Gamelan Melayu yang digunakan pada awal tahun-tahun dalam kurun ke-19 ( Istana Pekan ) mungkin mengandungi banyak alat-alat tetapi tidak ada bukti-bukti bertulis untuk menguatkannya.

 

Alat-alat gamelan yang kecil bilangannya yang terdapat di Muzium Tokoh, Kuantan itu melambangkan tradisi Istana Riau-Lingga, Pahang dan Terenggganu dan digunakan di sini sebagai asas untuk Gamelan Melayu kontemporari yang mengiringi tarian-tarian klasik dalam tradisi Joget Gamelan.  Keterangan berikut tentang Gamelan Melayu dan semua ukuran peralatannya adalah didasarkan kepada Gamelan Melayu di Muzium Tokoh, Kuantan, Pahang.  Untuk tujuan perbandingan rajah berikut mempamerkan jenis-jenis peralatan alat gamelan daripada Gamelan Jawa Tengah dan Gamelan Melayu Pahang dan Terengganu.

 

 

 

WAKTU TERKINI

KALENDAR AKTIVITI

TERKINI DI MUZIUM

  • Portal Rasmi Muzium Terengganu
  • Maklumat Pertandingan Gamelan Kebangsaan
SlideShow Pro Module v2.0 by JT

GAMELAN SANA SINI

LMNT anjur Festival Gamelan 2013 KUALA TERENGGANU - Bagi memartabat dan memelihara seni gamelan, kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) akan menganjurkan Festival Gamelan Sedunia 2013 selama tiga hari bermula 25 Oktober ini. Pengarah LMNT Mohd Yusof Abdullah berkata, festival kali ketiga ini merupakan usaha berterusan selepas Festival dan Simposium Gamelan yang diadakan pada 2008 dan 2010. Menurutnya, festival yang akan diadakan di Dataran Shahbandar ini akan turut disertai beberapa buah kumpulan dari luar negara, termasuk kumpulan Gamelan Bali, Jepun, Jawa, Kumpulan Gamelan Melayu United Kingdom dan China. "Festival ini juga akan turut disertai beberapa kumpulan gamelan tempatan dan profesional tempatan seperti Hand Percussion, Kumpulan Pak Ngah, Kumpulan Gamelan Istana Budaya dan beberapa kumpulan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Mohd Yusof berkata sempena festival ini beberapa aktiviti seperti pameran, persembahan gamelan serta gerai jualan akan turut diadakan. Katanya satu sesi bengkel gamelan akan turut diadakan dengan memfokuskan kepada permainan alatan muzik gamelan Melayu, Bali dan Jawa. "Bengkel ini akan dikendalikan tiga pakar muzik gamelan dan sejumlah 400 peserta terdiri daripada pelajar IPT dan penggiat seni gamelan akan menyertai bengkel ini," katanya. Mohd Yusof berkata melalui bengkel ini diharapkan agar peserta dapat menguasai asas alat muzik gamelan. "Festival yang melibatkan seluruh karyawan muzik dan tari gamelan seluruh dunia secara eksklusif ini bakal menjadi penyumbang terbesar ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadikan negeri Terengganu sebagai destinasi khusus yang menjadi ikon kesenian gamelan dunia," katanya.  - Bernama   SUMBER : Sinar Harian

Penggiat Seni Muzik Asli & Tradisional

Laman Facebook Gamelan X

Wariseni Budaya

Institut Kraf Negara

Majlis Gamelan

Kelab Seni ARTISUKMA  

--= NFSP =--

Sekolah Seni Johor Bahru  

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup