DENGARKAN GAMELAN

VIDEO GAMELAN

You must have Flash Player installed in order to see this player.

JUMLAH PELAWAT

Kami ada 7 tetamu online
Simposium Muzik Gamelan Dan Simposium Muzik Gamelan Sedunia 2008 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 11 Ogos 2008 22:13

 

Program Simposium Muzik Gamelan dan Simposium Muzik Gamelan Sedunia merupakan program anjuran secara bersama di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama Universiti Darul Iman Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Malaysia, Akademi Seni Negeri ( ASENI ) serta Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2008. Terdapat dua segmen utama dalam program ini. Pertama, ia melibatkan program Simposium Muzik Gamelan yang berlangsung di Kompleks Muzium Negeri dan kedua, Festival Muzik Gamelan yang berlangsung di Dataran Syah Bandar, Kuala Terengganu. Program Simposium Muzik Gamelan telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 26 hingga 27 Ogos 2008, manakala Festival Muzik Gamelan telah berlangsung selama empat hari iaitu bermula 26 Ogos dan berakhir pada 29 Ogos 2008.Di dalam program Simposium Muzik Gamelan, sebanyak 5 kertas kerja, termasuk satu kertas ucaptama telah dibentangkan oleh pakar dalam bidang gamelan samada dari dalam ataupun luar negara. Antara pembentang kerta kerja dalam simposium tersebut termasuklah Tuan haji Mohd. Yusof bin Abdullah, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Prof. Dr. Patricia Yamaguchi Matusky, Prof. Dr. Tan Sooi Beng, Prof. Dr. Rahayu Supanggah dan Prof. Dr. I Wayan Dibia. Seramai 172 orang peserta telah menyertai simposium ini. Hasil daripada symposium ini, satu resolusi telah dihasilkan dan telah diangkat kepada pihak berwajib untuk diteliti dan diambil perjalanan.

 

Simposium Muzik Gamelan Sedunia 2008

 

Dalam program Simposium Muzik Gamelan Sedunia 2008 ini, sebanyak  11 pasukan gamelan iaitu sebanyak 4 pasukan luar negara dan 7 pasukan gamelan dalam negara. Antara pasukan gamelan luar negara termasuklah kumpulan Gamelan Wasugi dari negara matahari terbit, Jepun, kumpulan Gamelan Garasi Seni Benawa dari Surakarta, Indonesia, kumpulan Gamelan Gaianyar, Bali dan kumpulan Gamelan Southbanks dari United Kingdom. Kumpulan dari dalam negara pula termasuklah kumpulan Hand Percussion, kumpulan Rhythm In Bronze, Kumpulan Akademi Warisan Negara ( ASWARA), Kumpulan Gamelan Istana Budaya, Kumpulan Gamelan Warisan Terengganu, Kumpulan Gamelan Akedemi Seni Negeri ( ASENI ) serta Kumpulan Gamelan Universiti Sains Malaysia.


 

 

 

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 13 April 2010 02:37
 

 

 

GAMELAN SEDUNIA 2017

Festival Gamelan Sedunia
Past

TERKINI DI MUZIUM

  • Portal Muzium Terengganu
  • Festival Gamelan
SlideShow Pro Module v2.0 by JT

KALENDAR AKTIVITI MUZIUM

<<  Nov 2017  >>
 Ah  Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa 
     1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup