DENGARKAN GAMELAN

VIDEO GAMELAN

You must have Flash Player installed in order to see this player.

JUMLAH PELAWAT

Kami ada 4 tetamu online
Proses Pembuatan Alat Muzik Gamelan

 

Tradisi menempa bahan-bahan logam seperti timah, tembaga, besi dan perak telah lama wujud di negara kita. Di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Terengganu dan Kelantan, tradisi ini telah wujud semenjak sekian lama. Di negeri Terengganu misalnya, tradisi membuat alat-alat tembaga seperti tepak sirih, anak kasa, kacip, periuk belanga dan sebagainya masih dijalankan sehingga ke hari ini. Begitu juga di negeri Cik Siti Wan Kembang, tradisi membuat barangan perhiasan khususnya berasaskan perak dan besi, masih diteruskan hingga ke hari ini. Apa yang menjadi kemusykilan kepada para pengkaji dan budayawan ialah walaupun seni warisan ini nampaknya berkembang dengan hebat, namun industri pembuatan peralatan muzik gamelan tidak pernah wujud di negara ini. Faktor ini terjadi mungkin disebabkan oleh kebanyakan teknik penghasilan tembaga di negara dan di negeri ini adalah menggunakan teknik acuan sedangkan teknik membuat alat muzik gamelan di Indonesia banyak berasaskan teknik tempa.Tradisi membuat gamelan sehingga hari ini masih dijalankan secara tradisional khususnya di beberapa buah tempat di Indonesia terutamanya di Solo. Jika diperhatikan daripada cara pembuatannya, ia kelihatan sangat sederhana jika dibandingkan dengan kemudahan dan tahap teknologi yang ada sekarang. Tempat di mana alat-alat muzik gamelan dihasilkan dikenali dengan panggilan ‘ beselan ‘. Di  beselan inilah ditempatkan beberapa jenis peralatan asas yang digunakan untuk menghasilkan alat-alat muzik gamelan. Antara alat-alat yang digunakan termasuklah prapen atau tempat membakar, paron atau landasan tempa, planden atau bekas air, congklok atau saluran angin, kowi dan sebagainya. Kesemua alat yang digunakan ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

 

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 13 April 2010 03:12
 

 

 

GAMELAN SEDUNIA 2017

Festival Gamelan Sedunia
Past

TERKINI DI MUZIUM

  • Portal Muzium Terengganu
  • Festival Gamelan
SlideShow Pro Module v2.0 by JT

KALENDAR AKTIVITI MUZIUM

<<  Sep 2017  >>
 Ah  Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup